
Article
Posting Pilihan Empat Agensi Berganding Bahu Dalam Op Bersepadu Motosikal Di Lebuhraya Plus Zon Selatan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama tiga agensi lain iaitu PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangs...
Seremban, 18 Jun 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama tiga agensi lain iaitu PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia Negeri Sembilan berganding bahu melaksanakan Op Bersepadu Motosikal yang diadakan di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Plaza Tol Senawang (arah selatan), di sini, semalam.
Kolaborasi dengan agensi-agensi yang terlibat itu merupakan langkah proaktif bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya diutamakan selain meningkatkan kesedaran penunggang motosikal tentang undang-undang serta peraturan lalu lintas.