Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Terengganu Buru Pesalah Trafik Di Tempat Kerja Dan Rumah

Published: 21 May 2015 12.40 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 21 Mei - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu melancarkan gerakan Op Warta bagi memburu 391 pesalah trafik di daerah ini yang mempunyai waran tangkap di premis tempat kerja mereka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-terengganu-buru-pesalah-trafik-di-tempat-kerja-dan-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:22 MYT


Kuala Terengganu, 21 Mei - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu melancarkan gerakan Op Warta bagi memburu 391 pesalah trafik di daerah ini yang mempunyai waran tangkap di premis tempat kerja mereka.

Ketua Polis Daerah ACP Idris Abd Rafar berkata selain itu pihaknya menggunakan pendekatan sekatan jalan raya di beberapa lokasi serta turut mengambil alternatif dengan menjejaki pesalah trafik ini dari rumahke rumah.

Katanya sehingga hari ini, 15 pesalah trafik di daerah ini menyelesaikan saman mereka bagi mengelakkan ditahan pihak berkuasa.

"Kami mengambil pendekatan menjejaki mereka di pejabat untuk memaklumkan kepada mereka bagi menjelaskan waran tangkap yang dikeluarkan sebelum tindakan lanjut dikenakan.

"Jika mereka berhenti kerja kami akan cuba mengesan menerusi sekatan jalan raya namun jika masih gagal kami akan cari mereka di rumah menerusi alamat terakhir mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya pihaknya juga mempunyai 92 alamat lengkap pesalah trafik ini dan akan menjejaki dalam masa terdekat.

- BERNAMA

ArticlePublished 21 May 2015 12.40 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM