Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Sembilan Anggota Kumpulan Tamin

Diterbitkan: 27 Aug 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, kesemua suspek berusia 16 hingga 47 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar Johor Baharu dan Nusajaya, kira-kira pukul 3.15 pagi, Selasa lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-sembilan-anggota-kumpulan-tamin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:13 MYT

Johor Bahru, 27 Ogos - Polis berjaya menyelesaikan 18 kes kecurian motosikal di daerah ini dengan tertangkapnya sembilan lelaki anggota 'Kumpulan Tamin' di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, kesemua suspek berusia 16 hingga 47 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar Johor Baharu dan Nusajaya, kira-kira pukul 3.15 pagi, Selasa lepas.

Menurut beliau, kesemua mereka aktif menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun ini.

"Selain menahan mereka, polis turut merampas lima motosikal yang dilaporkan hilang serta pelbagai komponen kereta yang telah dileraikan," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Sulaiman berkata semakan mendapati seorang daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau, dan kesemua suspek kini ditahan reman lima hari untuk membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, Sulaiman berkata, polis masih memburu lima lelaki yang terlibat dalam kejadian samun di kawasan perumahan di Taman Desa Tebrau di sini, Selasa lepas.

"Dalam kejadian 11 pagi itu, suspek bersenjatakan parang menceroboh masuk sebuah rumah di taman itu dengan mengopak pagar besi.

"Ketika itu, enam mangsa termasuk tuan rumah (lelaki) ada di rumah dan disebabkan terkejut, dia sempat melawan, namun cedera di kaki akibat pergelutan," katanya.

Sulaiman berkata, kesemua mangsa kemudian diikat menggunakan pita pelekat sebelum suspek melarikan beberapa barangan berharga termasuk wang tunai RM40,000, tiga jam tangan mewah, beg tangan berjenama, dan barang kemas bernilai RM100,000.

Menurutnya, susulan itu, polis turut menahan dua pengawal keselamatan asing yang bertugas di kawasan tersebut pada hari kejadian bagi membantu siasatan.

"Kedua-duanya didapati mempunyai permit lawatan sosial yang telah tamat tempoh," katanya. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 27 Aug 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM