Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Pasangan Suami Isteri Disyaki Edar Dadah Di Kawasan Endau

Diterbitkan: 27 May 2016 10.21 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.26 PM
Johor Baharu, 27 Mei - Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki pengedar dadah selepas menyerbu rumah mereka di Endau, dekat Mersing, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-pasangan-suami-isteri-disyaki-edar-dadah-di-kawasan-endau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:36 MYT
Johor Baharu, 27 Mei - Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki pengedar dadah selepas menyerbu rumah mereka di Endau, dekat Mersing, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Mersing DSP M.Kumar berkata lelaki berumur 50 tahun dan wanita berumur 45 tahun itu ditahan kira-kira 7 malam selepas pihaknya bertindak atas maklumat orang awam dan intipan selama 10 hari.

"Selain penahanan itu, polis turut merampas lapan paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis heroin seberat 16.7 gram, sepaket plastik lut- sinar serta 13 tiub straw disyaki mengandungi dadah jenis syabu seberat 15.33 gram yang ditemui di dalam sebuah bilik di rumah tersebut," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kumar berkata turut dirampas, beberapa jam tangan berjenama, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan dipercayai emas serta wang tunai berjumlah RM4,520.

Beliau berkata ujian saringan awal mendapati kedua-dua mereka positif dadah dan lelaki itu turut memiliki rekod berkaitan dadah. 

Katanya, heroin dan syabu terbabit dianggar bernilai RM3,500 dan ia dipercayai untuk kegunaan penagih di kawasan Endau.

Pasangan terbabit kini direman sehingga 2 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.-BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 27 May 2016 10.21 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.26 PM