Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

POLIS TAHAN 'BAPAK AYAM' WARGA EMAS DI GEORGE TOWN

Diterbitkan: 26 May 2016 9.23 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.26 PM
George Town, 26 Ogos 2016 - Polis menahan seorang lelaki warga emas yang merupakan 'bapak ayam' yang menawarkan perkhidmatan pelacuran dalam serbuan di sebuah hotel murah di Jalan Penang, di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-bapak-ayam-warga-emas-di-george-town-20160526
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:03 MYT
George Town, 26 Ogos 2016 - Polis menahan seorang lelaki warga emas yang merupakan 'bapak ayam' yang menawarkan perkhidmatan pelacuran dalam serbuan
di sebuah hotel murah di Jalan Penang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berusia 66 tahun yang juga penjaga di hotel murah itu ditahan oleh sepasukan polis bahagian D7 (Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat) yang membuat serbuan pada 6 petang.
 
"Bertindak hasil maklumat risikan dan intipan, sepasukan polis menyerbu hotel murah itu sebelum menahan lelaki warga emas dan enam wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelacur di situ," katanya di sini hari ini.
   
Katanya semasa serbuan, ada antara wanita itu cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis bagaimanapun gagal kerana pihaknya terlebih dahulu mengepung kawasan hotel berkenaan.
   
Beliau berkata pemeriksaan juga mendapati enam wanita Indonesia berusia 24 hingga 39 tahun itu juga tidak mempunyai dokumen perjalanan diri dan menyalah guna pas lawatan sosial mereka.
  
Mior Faridalathrash berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas 69 keping kondom, krim pelincir dan buku disyaki catatan aktiviti pelacuran di hotel murah berkenaan.

"Siasatan juga mendapati sindiket pelacuran membabitkan warga asing yang didalangi lelaki tempatan itu menawarkan harga bagi setiap khidmat seks bermula RM100," katanya.
 
"Semua mereka ditahan bagi membantu siasatan dan polis tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi individu dalam sindiket pelacuran berkenaan," katanya.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 372A dan 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 55(B0 Akta Imigresen 1959 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan 1963.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 26 May 2016 9.23 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.26 PM