Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Datang Nak Cegah Maksiat Jumpa Pula Motosikal Curi

Diterbitkan: 16 May 2018 1.54 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Ketil, 16 Mei 2018 - Penahanan lima remaja berusia 16 hingga 20 tahun yang berkesedudukan dalam satu rumah di sini hari ini membawa kepada penemuan sebuah motosikal curi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-datang-nak-cegah-maksiat-jumpa-pula-motosikal-curi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:49 MYT

Kuala Ketil, 16 Mei 2018 - Penahanan lima remaja berusia 16 hingga 20 tahun yang berkesedudukan dalam satu rumah di sini hari ini membawa kepada penemuan sebuah motosikal curi.

Serbuan Skuad Al Ansar bersama anggota polis Balai Kuala Ketil itu dijalankan pada jam 2.30 pagi selepas menerima maklumat awam.

Pengerusi Al-Ansar, Anuar Halimuddin Abu Bakar berkata, empat remaja lelaki dan seorang perempuan berusia 16 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Insaniah.

"Skuad Al Ansar dapat maklumat daripada orang ramai bahawa sekumpulan pemuda membawa masuk seorang perempuan dalam rumah.

"Apabila ditahan, empat remaja itu didapati positif dadah selain menyimpan sebuah motosikal curi," katanya.

Beliau berkata, sebahagian kompenan motosikal itu juga telah dirungkai.

"Motosikal itu telah dihantar ke balai polis" katanya.

Menurutnya, seorang daripada empat remaja berkenaan bagaimanapun melarikan diri.

"Berdasarkan maklumat polis, remaja itu mempunyai banyak kes jenayah," katanya.

Anuar berkata, kepantasan polis dalam bertindak berjaya menyelamatkan remaja perempuan terbabit daripada terjebak dengan perkara tidak diingini.

"Alhamdulillah kita dapat tangkap, jika tidak pastinya akan berlaku perkara lebih parah," katanya.

Sumber: Sinar Harian

ArtikelDiterbitkan 16 May 2018 1.54 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM