Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Buru Suspek Kes Cederakan Wanita

Diterbitkan: 28 Sep 2017 6.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 28 September 2017 - Polis sedang mengesan lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan kes mencederakan wanita berusia 20-an selain turut mengaku sebagai kerabat diraja Kelantan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-buru-suspek-kes-cederakan-wanita
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 20:42 MYT

POLIS BURU SUSPEK KES CEDERAKAN WANITA

Kuala Lumpur, 28 September 2017 - Polis sedang mengesan lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan kes mencederakan wanita berusia 20-an selain turut mengaku sebagai kerabat diraja Kelantan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, lelaki yang juga penganggur itu diburu selepas mengamuk di kelab malam kerana pelayan wanita di situ tidak membenarkannya memasuki premis berkenaan.

"Suspek mengamuk sebelum membaling botol arak ke lantai premis berkenaan. Susulan kejadian itu,serpihan kaca botol arak berkenaan terkena muka mangsa menyebabkan wanita itu cedera.

"Polis sedang mengesan Muhammad Nazula Mat Nazir bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi, Inspektor Praveen Kumar Subramaniam ditalian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/267701/nak-lari-mana-boh
ArtikelDiterbitkan 28 Sep 2017 6.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM