
Artikel
#PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 64,070 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan P...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 64,070 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,395 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,742 anggota telah membuat pemantauan di 4,427 pasaraya, restoran (5,348), kilang (2,172), bank (3,227), pejabat kerajaan (909) dan penjaja (3,858).
Turut dipantau ialah pasar awam/tani (101), tempat ibadah (168), tempat riadah (15,382), terminal pengangkutan darat (3,520), terminal pengangkutan air (1,761) dan terminal pengangkutan udara (726).
Semalam, enam (6) individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, lima (5) dikompaun manakala satu lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera/secara manual (3)
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (2)
- Tidak memakai pelitup muka (1)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (3 April 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN