Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210315

Published: 15 Mar 2021 10.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 70,320 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210315
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:14 MYT

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 70,320 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,253 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,998 anggota telah membuat pemantauan di 6,767 buah restoran, pasar raya (4,668), bank (2,785), penjaja (4,256), pasar awam/tani (137), kilang (2,590) dan pejabat kerajaan (898).

Turut dipantau ialah tempat ibadah (294), tempat riadah (18,718), terminal pengangkutan darat (3,502), terminal pengangkutan air (1,860) dan terminal pengangkutan udara (596).
Semalam, seramai 458 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 438 dikompaun, tujuh (7) direman manakala 13 lagi diikat jamin.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

- Tidak memakai pelitup muka (26)
- Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (40)
- Tiada penjarakan fizikal (39)
- Aktiviti Pusat Hiburan (260)
- Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (90)
- Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (3)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (15 Mac 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Se

ArticlePublished 15 Mar 2021 10.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM