
Artikel
#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 73,266 pemeriksaan semalam, bagi pemantau dan menguatkuasakan pematuhan P...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 73,266 pemeriksaan semalam, bagi pemantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebanyak 3,603 Pasukan Pematuhan melibatkan 16,571 anggota telah membuat pemantauan di 6,409 buah restoran, pasar raya (4,643), bank (4,229), penjaja (2,379), pasar awam/tani (2,149), kilang (1,784) dan pejabat kerajaan (863).
Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,547), tempat riadah (1,741),
terminal pengangkutan darat (1,268), terminal pengangkutan air (276) dan terminal pengangkutan udara (110).
Semalam, seramai 443 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 404 dikompaun manakala 39 lagi individu
direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
Tiada penjarakan fizikal (136)
Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (84)
Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (68)
Tidak memakai pelitup muka (64)
Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (29)
Keluar rumah tanpa alasan munasabah (20)
Aktiviti Perjudian (19)
Membawa penumpang berlebihan (15)
Ingkar arahan kuarantin (2)
Lain-lain (6).
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (19 Februari 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN