
Article
Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Polis Fokus Sop Sektor Perkilangan
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin berkata, penugasan itu akan dilakukan oleh anggota polis yang ditugaskan dalam operasi mengejut.
Putrajaya, 19 Jun 2021 - Penugasan anggota polis akan ditumpukan kepada sektor perkilangan berikutan pertambahan kluster COVID-19 dalam sektor berkenaan sejak kebelakangan ini.
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin berkata, penugasan itu akan dilakukan oleh anggota polis yang ditugaskan dalam operasi mengejut.
"Kita mahu selepas ini polis memberi lebih tumpuan untuk memeriksa kilang ini sama ada mereka mempunyai kelulusan untuk beroperasi atau tidak.
"Ini kerana ada laporan yang diterima, walaupun ada kilang yang dibenarkan untuk beroperasi, apabila kita siasat rupanya majikan memberi maklumat yang kurang tepat ketika memohon kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Sehingga kini sebanyak 201 kompaun dikeluarkan terhadap kilang dan premis perniagaan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Rangkuman Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
