
Article
Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Video Tular Polis Gombak Buka Kertas Siasatan Langgar Sop Aidilfitri
Gombak, 18 Mei 2021 - Polis sudah membuka kertas siasatan susulan tular video dimuat naik pemilik akaun Instagram memaparkan suasana sambutan hari raya di sebu...
Gombak, 18 Mei 2021 - Polis sudah membuka kertas siasatan susulan tular video dimuat naik pemilik akaun Instagram memaparkan suasana sambutan hari raya di sebuah rumah di Kampung Baru, Batu Caves, di sini.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Tuan Arifai Tarawe berkata, pegawai kanan polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak melihat video berdurasi 16 saat itu, jam 3.45 petang semalam.
Menurutnya, hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian itu berlaku pada 13 Mei lalu jam 3 petang iaitu pada hari raya pertama.
"Suspek yang juga menantu kepada pemilik rumah merakam video itu yang memaparkan keadaan rumah mentuanya dan kelihatan beberapa tetamu sedang berada di dalam dan perkarangan rumah.
"Semakan juga mendapati kesemua tetamu yang berada di dalam rumah itu adalah dalam kalangan ahli keluarga suami suspek," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Sumber: Harian Metro
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN