
Artikel
Pesanankhidmatmasyarakat Waspada Fenomena Air Pasang Besar Di Empat Buah Negeri
Bermula hari ini, empat buah negeri iaitu Kedah, Perak, Selangor dan Johor dijangka mengalami fenomena air pasang besar selama empat hari berturut-turut.
Bermula hari ini, empat buah negeri iaitu Kedah, Perak, Selangor dan Johor dijangka mengalami fenomena air pasang besar selama empat hari berturut-turut.
Justeru, orang ramai terutama penduduk di pesisir pantai dinasihatkan supaya berwaspada berdepan dengan fenomena air pasang selain memantau keadaan cuaca.
Selain itu, pengunjung pantai juga dinasihatkan lebih berhati-hati dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh tersebut.
Fenomena air pasang besar boleh menjadi lebih buruk jika disertai dengan angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak serta berisiko mengakibatkan banjir kilat, limpahan air laut, juga banjir pantai.
Kredit imej: Harian Metro