
Article
Perjumpaan Kpn Bersama Ketua Ketua Editor Agensi Media Mantapkan Jalinan Kerjasama
Kuala Lumpur, 6 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa bertemu dengan ketua-ketua editor agensi media di Bilik Mesy...
Kuala Lumpur, 6 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa bertemu dengan ketua-ketua editor agensi media di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Dalam perjumpaan tersebut, Tan Sri Razarudin turut menekankan mengenai fokus utama perkhidmatan Pasukan yang bertunjangkan integriti dan tata kelola baik serta mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat.
Hadir sama Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Pengarah Urusan/Pengarah Kumpulan Utusan Malaysia, Encik Mohammad Azlan Jaafar, Ketua Editor Malaysia Nanban, Dato' Rajintheram Muthiah, barisan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan dan para pengamal media.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan