Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penghantar Dokumen Ditahan Kerana Menipu Pecah Amanah Lebih Rm50 Ribu

Published: 06 Aug 2015 1.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang penghantar dokumen sebuah syarikat membekal dan mengurus pekerja asing di Malim di sini ditahan kerana menipu dan pecah amanah lebih RM50,000, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Supt Ee Khong Koy.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penghantar-dokumen-ditahan-kerana-menipu-pecah-amanah-lebih-rm50-ribu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:47 MYT

Melaka, 31 Julai - Seorang penghantar dokumen sebuah syarikat membekal dan mengurus pekerja asing di Malim di sini ditahan kerana menipu dan pecah amanah lebih RM50,000, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Supt Ee Khong Koy.

Beliau berkata suspek, 29, ditahan di rumahnya di Kampung Lapan di sini kira-kira 6 petang, 22 Julai lepas.

Beliau berkata, polis turut merampas 47 pasport milik 21 warga Bangladesh, Indonesia (19), India (lima) dan Pakistan (dua) untuk tujuan pembaharuan permit kerja mereka daripada suspek.

"Lelaki berkenaan telah bekerja di syarikat tersebut yang diberi kuasa oleh pihak Imigresen membekal dan mengurus pekerja asing selain untuk menguruskan dokumen perjalanan pekerja asing itu selama 11 tahun.

"Kesemua mangsa merupakan kenalan suspek kira-kira setahun sebelum dia menawarkan perkhidmatan untuk membuat permit kerja baru dengan harga antara RM1,500 hingga RM3,000," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Ee berkata, suspek didakwa melakukan pecah amanah dengan melesapkan wang syarikat yang diterima untuk pendaftaran permit kerja melibatkan 30 warganegara asing berjumlah RM50,000.

"Setakat ini sebanyak 29 mangsa telah membuat laporan polis dan mangsa yang masih belum membuat laporan polis diminta tampil melakukannya dengan segera untuk membantu siasatan," katanya.

Ee berkata, siasatan terhadap majikan suspek yang berusia 56 tahun itu mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai kuasa untuk mengurus permohonan berkaitan permit kerja atau membuat kutipan bayaran daripada pelanggan.

"Lelaki berkenaan kini disambung reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Sehubungan itu, katanya orang ramai termasuk pekerja asing dinasihat untuk melakukan urusan berkaitan permit kerja atau pasport secara terus dengan wakil syarikat yang dilantik atau secara dalam talian melaluiwww.myeg.com.my dan bukannya melalui orang tengah bagi mengelak ditipu.

- BERNAMA

ArticlePublished 06 Aug 2015 1.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM