Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penganggur Jutawan Kantoi Rupanya Tokan Dadah

Diterbitkan: 12 May 2017 2.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Gaya hidup mewah seorang penganggur berusia 52 tahun berakhir apabila ditahan di tempat parkir kereta sebuah kondominium di Solok Tanjung Bungah, di Pulau Pinang, malam Isnin lalu, sekali gus membongkar pembabitannya dalam sindiket memproses dadah jenis Heroin dan Syabu bernilai RM2.2 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penganggur-jutawan-kantoi-rupanya-tokan-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:20 MYT

Gaya hidup mewah seorang penganggur berusia 52 tahun berakhir apabila ditahan di tempat parkir kereta sebuah kondominium di Solok Tanjung Bungah, di Pulau Pinang, malam Isnin lalu, sekali gus membongkar pembabitannya dalam sindiket memproses dadah jenis Heroin dan Syabu bernilai RM2.2 juta.

Hasil maklumat awam diterima, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menahan suspek pada 9.15 malam.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, hasil soal siasat ke atas suspek membawa polis ke sebuah rumah di Lebuh Sungai Pinang, Jelutong yang dijadikan makmal memproses dadah dan pihak polis menjumpai Syabu seberat 1.825 kilogram (kg) dan heroin (2.640kg) termasuk cecair, serbuk, asid dan peralatan memproses dadah dengan harga pasaran dianggarkan RM1.9 juta.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.

Penganggur Jutawan Kantoi Rupanya Tokan Dadah
ArtikelDiterbitkan 12 May 2017 2.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM