
Article
Op Selamat 23 Enam Kesalahan Trafik Utama
Sempena Op Selamat 23 yang bakal bermula pada 28 Januari sehingga 2 Februari 2025, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Tr...
Sempena Op Selamat 23 yang bakal bermula pada 28 Januari sehingga 2 Februari 2025, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik akan menumpukan perhatian khusus kepada enam kesalahan trafik utama yang telah dikenal pasti menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.
Enam kesalahan trafik utama yang menjadi fokus utama PDRM ialah:
ii. Memandu di lorong kecemasan,
iii. Memotong di garisan berkembar,
iv. Memotong barisan,
v. Tidak mematuhi lampu isyarat, dan
vi. Menggunakan alat komunikasi semasa memandu.
Pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan-kesalahan seperti dinyatakan, akan dikenakan tindakan saman serta merta.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan".
"Rumah selamat, selamat sampai ke destinasi".
