Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Miliki Dadah Dua Warga Nigeria Dijel 10 Tahun

Diterbitkan: 14 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki warga Nigeria dihukum penjara 10 tahun dan sebatan 20 kali manakala rakan senegaranya dihukum penjara lima tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana memiliki dadah pelbagai jenis seberat 2,351.9 gram, tiga tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/miliki-dadah-dua-warga-nigeria-dijel-10-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:47 MYT

Seorang lelaki warga Nigeria dihukum penjara 10 tahun dan sebatan 20 kali manakala rakan senegaranya dihukum penjara lima tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana memiliki dadah pelbagai jenis seberat 2,351.9 gram, tiga tahun lalu. 

Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim memutuskan bekas pelajar kolej swasta, Mmaduabuchi Christopher Okeye, 29, yang mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan, dihukum penjara 10 tahun dan sebatan 10 kali bagi setiap pertuduhan. 

Walau bagaimanapun mahkamah memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa serentak bermula dari tarikh tangkap pada 2 Disember 2012. Christopher Okeye mengaku memiliki 1,44.2 gram dadah jenis heroin dan 868.7 gram dadah jenis morfin di sebuah rumah di Pangsapuri Sri Gotong, Jalan Ipoh, Batu 7, Selayang Lama, dekat sini, kira-kira pukul 4.30 petang, 2 Disember 2012. 

Sementara rakannya, Chinonso Cletus Orah, 32, yang juga bekas pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur mengaku bersalah atas tuduhan asal memiliki 39.0 gram dadah jenis methamphetamine di tempat, waktu dan tarikh yang sama. 

Kes dibicarakan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebatan minimum 10 kali.

Sumber : Utusan Malaysia
Miliki Dadah Dua Warga Nigeria Dijel 10 Tahun

ArtikelDiterbitkan 14 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM