Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ltdipt 2023 Kejohanan Melabuhkan Tirai Dengan Jayanya

Diterbitkan: 20 Jun 2023 12.26 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.25 PM
Putrajaya, 20 Jun 2023 - Setelah hampir empat hari memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pelumba terjamin, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya dari Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) hari ini berjaya menamatkan tugas mereka bersama para pelumba basikal dari 16 pasukan secara rasmi di garisan penamat LE TOUR de IPT 2023 (LTdIPT 2023) di hadapan kompleks Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ltdipt-2023-kejohanan-melabuhkan-tirai-dengan-jayanya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:25 MYT
Putrajaya, 20 Jun 2023 - Setelah hampir empat hari memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pelumba terjamin, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya dari Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) hari ini berjaya menamatkan tugas mereka bersama para pelumba basikal dari 16 pasukan secara rasmi di garisan penamat LE TOUR de IPT 2023 (LTdIPT 2023) di hadapan kompleks Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua pihak terutamanya pengguna jalan raya yang telah memberikan kerjasama baik kepada PDRM.
Tanpa kerjasama yang baik daripada masyarakat, kejohanan tersebut tidak mungkin dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Terdahulu, pelepasan para peserta pagi tadi di hadapan Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNITEN, Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman dengan jarak kayuhan sejauh 82.7 kilometer (km).
Di penghujung acara, majlis penyampaian hadiah dan penutupan LTdIPT 2023 telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin di mana para pelumba daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Berpasukan.

Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalulintas) JSPT Bukit Aman, Superintendan Mohd Yatim Osman.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

ArtikelDiterbitkan 20 Jun 2023 12.26 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.25 PM