Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lima Ditahan Disyaki Rompak Kedai Seng Heng

Diterbitkan: 20 Mar 2017 8.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis berjaya memberkas lima daripada enam suspek yang dipercayai merompak rangkaian kedai elektrik Seng Heng.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-ditahan-disyaki-rompak-kedai-seng-heng
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:58 MYT

Kuala Lumpur, 20 Mac 2017- Polis berjaya memberkas lima daripada enam suspek yang dipercayai merompak rangkaian kedai elektrik Seng Heng.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata suspek pertama diberkas di kawasan Perumahan Awam Batu di Jalan Ipoh pada 5 Mac manakala yang lain diberkas dalam tempoh seminggu di beberapa kawasan kediaman di sekitar Kuala Lumpur.

Digelar 'Geng Seng Heng', mereka yang berusia dalam lingkungan 30-an ini merompak barangan dan wang tunai berjumlah lebih RM236,500 di kedai Seng Heng di Nilai, Rawang, Subang Jaya dan Sungai Buloh.

"Kumpulan ini hanya menyasarkan kedai Seng Heng dan hanya merompak pada hari Ahad," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya dalam tangkapan itu, polis merampas 14 barangan termasuk satu pedang samurai, nombor plet palsu dan sebuah kereta Toyota Vios yang dipercayai digunakan dalam rompakan di kedai Seng Heng Sungai Buloh.

Polis kini memburu seorang lagi suspek yang dikenal pasti sebagai bekas pekerja Seng Heng berusia 34 tahun yang juga dalang kumpulan itu.

Kes disiasat menurut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan bersenjata yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 20 Mar 2017 8.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM