Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Sulung Pengarah Kdn Ka Ke Utk

Diterbitkan: 16 Oct 2017 2.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Cheras, 16 Oktober 2017 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Sri Zulkifli Abdullah telah mengadakan lawatan kerja ke Unit Tindakhas (UTK) di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, pagi ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-sulung-pengarah-kdn-ka-ke-utk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:18 MYT

LAWATAN SULUNG PENGARAH KDN/KA KE UTK

Cheras, 16 Oktober 2017 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Sri Zulkifli Abdullah telah mengadakan lawatan kerja ke Unit Tindakhas (UTK) di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, pagi ini.

Lawatan kerja ini merupakan lawatan sulung beliau ke UTK setelah dilantik menjadi Pengarah Jabatan KDN/KA pada 25 Julai lalu.

Beliau turut memberikan amanat kepada pegawai dan anggota UTK yang hadir agar sentiasa mengekalkan kecemerlangan dan semangat kepolisan dalam diri masing-masing.

Ujar beliau lagi, perancangan demi perancangan akan dilaksanakan selepas ini bagi memperkasakan unit elit PDRM itu yang melibatkan kerjasama dan latihan dengan unit elit PDRM yang lain serta pihak luar yang mempunyai kepakaran penugasan operatif.

Lawatan kerja Dato’ Sri Zulkifli Abdullah pada hari ini ini turut menyaksikan berlangsungnya pertandingan menembak kategori VIP di mana beliau sendiri turut terlibat dalam pertandingan tersebut.

Program turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah KDN/KA (PGA), DCP Dato’ Abdul Hamid Mohd Ali, Timbalan Pengarah KDN/KA (Gerakan), Dato’ Azizan Abd. Aziz, Komander Briged Tengah PGA, SAC Adzaman Mohd Jan, Komander UTK, SAC Datuk Mastor Mohd Arif serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

Ketibaan Pengarah Jabatan KDNKa, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah..
Ketibaan Pengarah Jabatan KDNKa, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah.

Pengarah Jabatan KDNKa, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah menandatangani buku pelawat.
Pengarah Jabatan KDNKa, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah menandatangani buku pelawat.

penyematan lencana 'Sniper' oleh Komander UTK, Datuk Mastor kepada Dato’ Sri Zulkifli Abdullah..
penyematan lencana 'Sniper' oleh Komander UTK, Datuk Mastor kepada Dato’ Sri Zulkifli Abdullah.

Pengarah Jabatan KDNKa, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah melawat tapak-tapak pameran UTK..
Pengarah Jabatan KDNKa, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah melawat tapak-tapak pameran UTK.

Ucapan aluan daripada Komander UTK, SAC Datuk Mastor Mohd Arif ..
Ucapan aluan daripada Komander UTK, SAC Datuk Mastor Mohd Arif ..

Ucapan daripada Pengarah Jabatan KDNKA, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah..
Ucapan daripada Pengarah Jabatan KDNKA, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah..

Sekitar sesi taklimat...
Sekitar sesi taklimat...

Sekitar demonstrasi oleh pegawai dan anggota UTK..
Sekitar demonstrasi oleh pegawai dan anggota UTK..

Sesi Bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan KDNKa, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah..
Sesi Bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan KDNKa, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah..
ArtikelDiterbitkan 16 Oct 2017 2.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM