Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Sambil Belajar Ukm Ke Bukit Aman

Published: 03 Apr 2018 7.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 3 April 2018 – Seramai 12 orang daripada delegasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) jurusan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-sambil-belajar-ukm-ke-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:53 MYT

Kuala Lumpur, 3 April 2018 – Seramai 12 orang daripada delegasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) jurusan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Lawatan yang diketuai oleh Penyelaras Program Sarjana Pengajian Sains Sosial (Pengajian Rasuah), UKM, Profesor Rahimah Abd Aziz telah disambut mesra oleh wakil-wakil daripada Urus Setia KPN dan kemudiannya diberikan taklimat berkaitan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) oleh Ketua Penolong Pengarah JIPS (Pematuhan), Bukit Aman, SAC Dato’ Lim Hong Shuan.

Lawatan tersebut bertujuan sebagai perkongsian pintar dari segi pendedahan dan percambahan idea mengenai struktur organisasi JIPS serta pendekatan yang digunakan dalam memantapkan integriti pegawai dan anggota polis. 

Antara intipati kunjungan tersebut juga merangkumi perbincangan dan sesi soal jawab mengenai kaedah-kaedah yang dilaksanakan oleh JIPS dalam menangani gejala rasuah.

2
Antara yang hadir lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

3
Ketua Penolong Pengarah JIPS (Pematuhan), Bukit Aman, SAC Dato’ Lim Hong Shuan memberi taklimat berkaitan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

4
Penyelaras Program Sarjana Pengajian Sains Sosial (Pengajian Rasuah), UKM, Profesor Rahimah Abd Aziz menyampaikan cenderahati kepada Ketua Penolong Pengarah JIPS (Pematuhan), Bukit Aman, SAC Dato’ Lim Hong Shuan.

5
Bergambar kenangan.
ArticlePublished 03 Apr 2018 7.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM