Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Tinjau Lokasi Nahas Pesawat N28jv

Diterbitkan: 17 Aug 2023 6.03 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 18 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meninjau lokasi nahas Pesawat N28JV yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-tinjau-lokasi-nahas-pesawat-n28jv
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 05:57 MYT

Shah Alam, 18 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meninjau lokasi nahas Pesawat N28JV yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di sini, malam tadi.

Pesawat dari jenis Beechcraft model 390 milik syarikat Jetvalet Sdn. Bhd. itu terlibat dalam nahas kira-kira jam 2.51 petang yang melibatkan hampir 10 maut termasuk dua pengguna jalan raya yang dipercayai melalui kawasan tragedi.

Dalam sidang media diadakan, Tan Sri Razarudin menjelaskan bahawa siasatan pihak polis telah mengenal pasti bilangan mangsa yang terlibat dan akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi tujuan pengecaman identiti oleh waris keluarga.

Dalam tinjauan tersebut juga, KPN telah ditaklimatkan secara ringkas oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan di Pusat Kawalan Tempat Kejadian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengenai kawasan kejadian serta dapatan rakaman video daripada orang awam.

Seramai 240 orang petugas yang terdiri daripada PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Pihak berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan beberapa agensi lain yang turut bertungkus lumus dalam operasi mencari mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam dan barisan Pegawai Kanan Polis Kontinjen Selangor.

Tan Sri Razarudin bersama seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin

May be an image of 8 people, ambulance and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 7 people, crowd and text

May be an image of 9 people, ambulance and text

May be an image of 4 people, crowd and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 7 people and text that says 'BAHARUDIN POUS UIL'

May be an image of 8 people and text

May be an image of 7 people

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people, ambulance and text

May be an image of 5 people

May be an image of 12 people, crowd and text
ArtikelDiterbitkan 17 Aug 2023 6.03 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM