Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Republik Islam Iran Ke Malaysia

Diterbitkan: 16 Aug 2022 10.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kunjungan tersebut merupakan perbincangan dua hala melibatkan kerjasama berterusan antara Polis Diraja Malaysia dengan Republik Islam Iran, selain melibatkan isu-isu keselamatan antara kedua-dua negara
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-kunjungan-hormat-duta-besar-republik-islam-iran-ke-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:06 MYT

Kuala Lumpur, 16 Ogos 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia, H.E. Ali Asghar Mohammadi di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, petang tadi. 

Kunjungan tersebut merupakan perbincangan dua hala melibatkan kerjasama berterusan antara Polis Diraja Malaysia dengan Republik Islam Iran, selain melibatkan isu-isu keselamatan antara kedua-dua negara.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, Bukit Aman, CP Dato’ Hj. Baharuddin Hj. Ahmad, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato’ Nerita Yaacob, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah dan Pegawai Turus Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Dr. Shazrin Azlin Ruslan.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang

May be an image of 3 people, people sitting and indoor

May be an image of 5 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'BUKIT AMAN N Y'

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'BUKIT AMAN F 3 POLIS'

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'BUKIT AMAN -'

May be an image of 9 people and people standing


ArtikelDiterbitkan 16 Aug 2022 10.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM