
Artikel
Kpn Penuhi Undangan Ke Majlis Perasmian My Al Nexus 2024 Di Wtc
Kuala Lumpur, 10 Mei 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati hadir memenuhi undangan ke Majlis Perasmian ‘Artificial Intelli...
Kuala Lumpur, 10 Mei 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati hadir memenuhi undangan ke Majlis Perasmian ‘Artificial Intelligence (AI) Nexus’ 2024 (My AI Nexus 2024) di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC), di sini, pagi tadi.
Majlis anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi itu telah disempurnakan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Objektif penganjuran My AI Nexus 2024 yang julung kali diadakan tadi adalah untuk mempamerkan keupayaan dan komitmen Malaysia dalam menerima teknologi AI bagi mengukuh pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.
Hasrat tersebut dijangka tercapai apabila wujudnya sebuah fakulti sulung, Fakulti Kecerdasan Buatan di UTM sebagai penyedia platform pendidikan AI di Malaysia bersama Institusi Pengajian Tinggi dalam mempromosikan peluang pengajian dan penyelidikan AI dalam negara.
Turut berlangsung tadi ialah pameran pembangunan teknologi AI dan dialog Mahasiswa “Temu Anwar” bagi berkongsi pendapat berkaitan pembangunan teknologi AI bersama para pelajar daripada Universiti Awam serta swasta yang hadir dalam majlis tersebut.
Hadir sama, Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzi, Menteri Digital, Tuan Gobind Singh Deo dan barisan Timbalan Menteri Kabinet.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery
See insights and ads
All reactions:
3434