Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Menteri Melaka

Published: 06 Aug 2025 1.20 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Melaka, 6 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail petang tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di pejabatnya dekat Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-ketua-menteri-melaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:52 MYT
Melaka, 6 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail petang tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di pejabatnya dekat Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini.

Pertemuan dua hala tersebut bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara kerajaan Negeri Melaka dan Polis Diraja Malaysia selain membincangkan pelbagai perkara berkaitan keselamatan, ketenteraman awam serta kerjasama bersepadu dalam menangani isu-isu jenayah di negeri itu.

Hadir sama, Ketua Polis Melaka, DCP Dato' Dzulkhairi Mukhtar dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim.

 
ArticlePublished 06 Aug 2025 1.20 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM