Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kes Bunuh Pemandu Grab Polis Sudah Kenal Pasti Suspek

Published: 25 Jun 2018 11.40 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Serdang: Polis sudah mengenal pasti identiti penumpang terakhir warga asing yang menggunakan khidmat pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, sebelum mangsa ditemui meninggal dunia di dalam kereta miliknya di Taman Selayang Makmur, Gombak, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-bunuh-pemandu-grab-polis-sudah-kenal-pasti-suspek
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:10 MYT

Serdang: Polis sudah mengenal pasti identiti penumpang terakhir warga asing yang menggunakan khidmat pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, sebelum mangsa ditemui meninggal dunia di dalam kereta miliknya di Taman Selayang Makmur, Gombak, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Tey Kong Seng berkata, maklumat itu diperoleh daripada pihak Grab bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Berdasarkan maklumat diterima, kami dimaklumkan penumpang terakhir yang menggunakan khidmat Aiman adalah lelaki warga asing.

"Usaha mengesan lelaki terbabit sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan kes berkenaan,"katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut...

ArticlePublished 25 Jun 2018 11.40 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM