Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Taktik Jual Arak Di Sebalik Kedai Runcit Terbongkar

Published: 02 Aug 2022 2.21 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, polis berjaya membongkar kegiatan haram warga emas berusia 60 tahun itu hasil risikan dilakukan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-taktik-jual-arak-di-sebalik-kedai-runcit-terbongkar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:14 MYT
Johor Bahru, 2 Ogos 2022 - Taktik seorang warga emas berselindung di sebalik kedai runcitnya bagi menjual arak berjenama terkenal secara haram terbongkar dalam serbuan, kelmarin.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, polis berjaya membongkar kegiatan haram warga emas berusia 60 tahun itu hasil risikan dilakukan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua.

Katanya, hasil serbuan dilakukan kira-kira jam 12.15 tengah malam di premis kedai runcit itu, polis berjaya menemui pelbagai jenama arak terkenal bernilai RM1.1 juta selain menahan warga emas berkenaan dan seorang pembantu kedai warga asing berusia 30 tahun.

"Pemeriksaan yang dibuat membawa kepada penemuan 24 botol arak dan 1,274 karton arak pelbagai jenama. Menerusi siasatan awal, kita percaya kegiatan haram ini sudah berlangsung kira-kira empat bulan.

"Modus operandi warga emas itu menyimpan semua arak seludup berkenaan di stor tak sampai 100 meter di belakang kedai runcit itu.

"Dia kemudian hanya menjual arak seludup itu kepada pelanggan tetap dikenali sahaja bagi mengelakkan perbuatan terbongkar dan dihidu pihak berkuasa.

"Warga emas terbabit mengaut untung dua kali ganda apabila menjual arak seludup itu pada harga pasaran biasa kerana tidak membayar cukai walaupun membeli arak berkenaan pada harga lebih murah" katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

ArticlePublished 02 Aug 2022 2.21 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM