Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Skuad Payung Terjun Fru Luar Biasa

Published: 03 Jan 2023 2.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Siapa yang tidak cemas untuk merelakan diri keluar dari perut pesawat terjun pada ketinggian 1,000 kaki dengan hanya bergantung nyawa pada sebuah payung terjun. Bagaimanapun, ini semua dapat diatasi dengan pelbagai latihan yang ditekankan kepada para pelatih termasuklah aspek keselamatan sepanjang mengikuti latihan atau kursus payung terjun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-skuad-payung-terjun-fru-luar-biasa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:55 MYT
Siapa yang tidak cemas untuk merelakan diri keluar dari perut pesawat terjun pada ketinggian 1,000 kaki dengan hanya bergantung nyawa pada sebuah payung terjun.
Bagaimanapun, ini semua dapat diatasi dengan pelbagai latihan yang ditekankan kepada para pelatih termasuklah aspek keselamatan sepanjang mengikuti latihan atau kursus payung terjun.
Pengalaman ini dilalui 28 peserta termasuk tiga pegawai Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) atau FRU yang mengikuti Kursus Asas Taktikal Payung Terjun (ATPT) Siri PSP 1/2022.
Kursus berkenaan mencatatkan sejarah tersendiri bagi Polis Diraja Malaysia khususnya PSP apabila buat kali pertama anggota pasukan itu didedahkan pada kemahiran yang luar daripada skop tugas PSP, iaitu mencegah rusuhan.
Majlis pemakaian sayap penerjunan statik, disempurnakan Komander 69, SAC Hamzah Hashim pada 2 Oktober 2022.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 03 Jan 2023 2.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM