
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Lima Dicekup Padah Merempit Di Lebuh Raya Guthrie
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
Sungai Buloh, 12 Mei 2024 – Perbuatan lima penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya iaitu “superman” dan “zig-zag” mengundang padah apabila mereka ditahan di Lebuh Raya Guthrie.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nasri Omar berkata, tangkapan itu dibuat menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman.
“Tangkapan pertama melibatkan dua penunggang, manakala tiga lagi ditahan di lokasi berasingan selepas mereka dikesan menunggang secara melulu dan berbahaya,” ujarnya.
Kelima-lima pemuda itu dibawa ke Balai Trafik Daerah Sungai Buloh untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.