Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ibu Dan Anak Didakwa Dera Adik Beradik Terpaksa Meringkuk Di Lokap Selepas Gagal Bayar Ikat Jamin

Diterbitkan: 08 Oct 2021 3.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Iskandar Puteri, 8 Oktober 2021 - Dua beranak yang dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, kelmarin atas tuduhan mendera dua beradik di Taman Selesa Jaya, kini 'menginap' di lokap di Skudai di sini, bermula kelmarin selepas gagal membayar ikat jamin RM15,000 setiap seorang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ibu-dan-anak-didakwa-dera-adik-beradik-terpaksa-meringkuk-di-lokap-selepas-gagal-bayar-ikat-jamin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:40 MYT
Iskandar Puteri, 8 Oktober 2021 - Dua beranak yang dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, kelmarin atas tuduhan mendera dua beradik di Taman Selesa Jaya, kini 'menginap' di lokap di Skudai di sini, bermula kelmarin selepas gagal membayar ikat jamin RM15,000 setiap seorang.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Tuan Dzulkhairi Mukhtar berkata, kedua-duanya ditahan bersama seorang lagi individu yang juga pengasuh dua beradik mangsa dera itu.

Tiga individu ini ditahan bagi membantu siasatan kes penderaan dua beradik di Taman Selesa Jaya. Mereka kemudiannya didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, kelmarin.

"Dua beranak itu yang juga ahli keluarga pengasuh terbabit mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 31(i)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dihubungi semalam.

Menurut Tuan Dzulkhairi, dua beranak itu yang tidak bekerja masing-masing dibenarkan diikat jamin RM 15,000.
"Bagaimanapun, mereka gagal membayar jaminan dan ditahan di lokap di Balai Polis Skudai di sini," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text that says 'Oleh Mary Victoria Dass Iskandar Puteri Ibu, anak diheret ke mahkamah Dua didakwa dera adik-beradik terpaks
ArtikelDiterbitkan 08 Oct 2021 3.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM