Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Demi Pertahankan Sempadan Negara Kami Tak Akan Undur Walau Seinci

Published: 09 Dec 2020 4.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bidor, 9 Disember 2020 - "Kami anggota Senoi Praaq tidak akan berundur seinci pun ke belakang malah akan terus mara sejauh mata memandang untuk mempertahankan negara," kata Pegawai Pemerintah Pasukan Gerak Am (PGA) Kem Batalion 3, Superintendan Rosman Kasman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-demi-pertahankan-sempadan-negara-kami-tak-akan-undur-walau-seinci
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:31 MYT
Bidor, 9 Disember 2020 - "Kami anggota Senoi Praaq tidak akan berundur seinci pun ke belakang malah akan terus mara sejauh mata memandang untuk mempertahankan negara," kata Pegawai Pemerintah Pasukan Gerak Am (PGA) Kem Batalion 3, Superintendan Rosman Kasman.
Katanya, kejadian yang menimpa mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, 54 dan Sarjan Norihan Tari, 39, amat menyayat hati namun semangat perjuangan Senoi Praaq tidak akan luntur.
Katanya, perkataan Senoi Praaq berasal dari suku Semai bermaksud orang perang yang berbekalkan jiwa dan semangat untuk berperang bagi menjaga maruah negara daripada apa sahaja anasir yang mengancam keselamatan negara.
"Itulah semangat disemai dan kelebihan anggota Senoi Praaq yang perlu diketahui menunjukkan betapa kuatnya semangat mereka berjuang untuk negara.
"Saya berharap semua pegawai dan anggota saya tidak akan patah semangat terhadap apa yang terjadi kepada rakan seperjuangan mereka," katanya.
Superintendan Rosman berkata, pengorbanan mendiang Sarjan Baharuddin dan Sarjan Norihan perlu dijadikan contoh kepada semua anggota supaya terus bersemangat waja untuk berjuang mempertahankan negara.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro berikut.

Sumber: 


Keratan Akhbar Pilihan Demi Pertahankan Sempadan Negara Kami Tak Akan Undur Walau Seinci
ArticlePublished 09 Dec 2020 4.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM