Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kemalangan Ngeri Duke Pemandu Myvi Dijel Tiga Tahun

Diterbitkan: 22 Feb 2018 2.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
KUALA LUMPUR - Dua pemandu Perodua Myvi dipenjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian tiga beranak dalam nahas di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada Mei 2015.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kemalangan-ngeri-duke-pemandu-myvi-dijel-tiga-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:57 MYT

KUALA LUMPUR - Dua pemandu Perodua Myvi dipenjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian tiga beranak dalam nahas di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada Mei 2015.

Majistret Zilfinaz Abbas menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Noor Airii Mohd. Said, 38, dan Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 33, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mahkamah turut memerintahkan Siti Noor Aini dan Mohamad Fizal Reza hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun.

Kedua-dua tertuduh juga diperintahkan menjalani hukuman penjara tambahan dua tahun sekiranya gagal membayar denda. Masing-masing memba-yar denda tersebut.

Dalam prosiding itu, Zilfinaz berkata, mahkamah sangsi terhadap penjelasan dan tidak dapat menerima keterangan kedua-dua tertuduh.

"Keterangan kedua-duanya tidak konsisten dan bersifat penafian semata-mata.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilometer 6, DUKE, arah Ulu Klang ke Jalan Duta, di sini antara pukul 12.31 tengah malam dan 1.05 pagi, 2 Mei 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5000 hingga RM20.000 jika sabit kesalahan.

Sumber- KOSMO

Kemalangan Ngeri Duke Pemandu Myvi Dijel Tiga Tahun

ArtikelDiterbitkan 22 Feb 2018 2.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM