Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ke Arah Menjadikan Pdrm Sebagai Polis Bertaraf Dunia

Published: 14 May 2015 3.54 AM Updated: 15 Aug 2026 6.30 PM
Demi menghadapi pelbagai cabaran dalam era globalisasi dan K-ekonomi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjadi lebih berdaya saing agar dapat membina reputasi sebagai sebuah organisasi yang mampu mengurus keselamatan yang tercekap dan berkesan di abad ini. Bertunjangkan matlamat ini, PDRM menyedari akan pentingnya pembangunan modal setiap warganya supaya dapat menjadi individu yang berfikiran kelas pertama sejajar dengan status kepolisan bertaraf dunia. Semalam, sejarah sekali lagi dicipta oleh PDRM kerana mengadakan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) yang pertama diiktiraf oleh Institut Pendidikan Tinggi berdasarkan penilaian Kualiti Pendidikan Tinggi (QAA) United Kingdom.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ke-arah-menjadikan-pdrm-sebagai-polis-bertaraf-dunia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:22 MYT

Kuching, 10 Mei - Demi menghadapi pelbagai cabaran dalam era globalisasi dan K-ekonomi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjadi lebih berdaya saing agar dapat membina reputasi sebagai sebuah organisasi yang mampu mengurus keselamatan yang tercekap dan berkesan di abad ini.

Bertunjangkan matlamat ini, PDRM menyedari akan pentingnya pembangunan modal setiap warganya supaya dapat menjadi individu yang berfikiran kelas pertama sejajar dengan status kepolisan bertaraf dunia.

Semalam, sejarah sekali lagi dicipta oleh PDRM kerana mengadakan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) yang pertama diiktiraf oleh Institut Pendidikan Tinggi berdasarkan penilaian Kualiti Pendidikan Tinggi (QAA) United Kingdom.

Bertempat di Dewan Kenyalang, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), seramai 641 graduan telah berjaya menamatkan latihan sekaligus menerima ijazah Bachelor of Science (With Honors) in Police Science hasil daripada kolaborasi bersama Universiti Derby dengan PDRM yang bermula tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapannya semalam turut mengucapkan terima kasih kepada Universiti Derby atas kolaborasi strategik bersama PDRM dalam merealisasikan visi PDRM untuk menjadi sebuah agensi polis yang bertaraf dunia, moden, berintgriti tinggi, berpengetahuan dan kompeten selari dengan kehendak dunia masa kini.

"Setiap anggota polis bukan sahaja perlu berkemahiran tinggi dalam hal-hal kepolisan, malah perlu memiliki ilmu akademik agar sejajar dengan kehendak semasa demi memberikan perkhidmatan kelas dunia kepada masyarakat," katanya.

Terdahulu, Pro Chancellor University of Derby, Mr. Christopher Hughes telah menyampaikan ucapan pembukaan graduasi di hadapan semua yang hadir. Sebanyak empat sesi gradusi dijalankan bermula semalam dan berakhir pada hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah-Pengarah PDRM, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Tuan-tuan Komandan PULAPOL, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM dan jemputan-jemputan khas dari dalam dan luar negara.

Ke Arah Menjadikan Pdrm Sebagai Polis Bertaraf Dunia
perarakan graduan masuk ke dalam dewan..

Ke Arah Menjadikan Pdrm Sebagai Polis Bertaraf Dunia
perarakan graduan masuk ke dalam dewan..

Ke Arah Menjadikan Pdrm Sebagai Polis Bertaraf Dunia
perarakan utama diiringi pedang dan cokmar graduasi..

Ke Arah Menjadikan Pdrm Sebagai Polis Bertaraf Dunia
perarakan akademik ke dalam dewan..

Ke Arah Menjadikan Pdrm Sebagai Polis Bertaraf Dunia
Pentas utama

Ke Arah Menjadikan Pdrm Sebagai Polis Bertaraf Dunia
ucapan dan perasmian pembukaan majlis Graduasi Ke-2, Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Kolaborasi PDRM - University Of Derby oleh Mr. Christopher Hughes, Pro Chancellor University Of Derby.

Ke Arah Menjadikan Pdrm Sebagai Polis Bertaraf Dunia
Pengisytiharan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) jumlah graduan Kadet Sarjan yang akan mengambil bahagian dalam graduasi.

Ke Arah Menjadikan Pdrm Sebagai Polis Bertaraf Dunia
Pengumuman oleh Komandan PULAPOL Kuching..

Ke Arah Menjadikan Pdrm Sebagai Polis Bertaraf Dunia
Antara kadet-kadet Sarjan yang menerima Ijazah Sains Kepolisan (Kepujian)..

Ke Arah Menjadikan Pdrm Sebagai Polis Bertaraf Dunia
Antara kadet-kadet Sarjan yang menerima Ijazah Sains Kepolisan (Kepujian)..

Ke Arah Menjadikan Pdrm Sebagai Polis Bertaraf Dunia
Perarakan Keluar Perarakan Utama dan Akademik diiringi pedang dan cokmar graduasi...

Ke Arah Menjadikan Pdrm Sebagai Polis Bertaraf Dunia
Selesai majlis graduasi...

ArticlePublished 14 May 2015 3.54 AMUpdated 15 Aug 2026 6.30 PM