Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kantoi Dadah Dalam Kereta

Diterbitkan: 28 Sep 2017 6.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bukit Mertajam, 28 September 2017 - Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah memberkas lelaki bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM8,770 di Taman Sri Rambai,Bukit Mertajam, 11.45 pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kantoi-dadah-dalam-kereta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:25 MYT

KANTOI DADAH DALAM KERETA

Bukit Mertajam, 28 September 2017 - Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah memberkas lelaki bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM8,770 di Taman Sri Rambai,Bukit Mertajam, 11.45 pagi semalam.

Dalam serbuan itu, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPDSPT menahan lelaki berusia 29 tahun berkenaan yang sedang memandu kereta di Taman Sri Rambai.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan polis di dalam kereta menemui satu beg mengandungi 180 biji pil ecstasy (58.6 gram) , 150 biji pil erimin (41.0 gm) dan syabu (3.1gm).

Beliau berkata, kesemua dadah dianggarkan bernilai RM8,770.

Katanya, suspek ditahan dan kereta serta dadah dirampas sebelum dibawa ke IPDSPT bagi tindakan selanjutnya.

Nik Ros Azhan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/267721/kantoi-dadah-dalam-kereta
ArtikelDiterbitkan 28 Sep 2017 6.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM