Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jsjk Terbit Dua Buku Ke Arah Memperkasakan Siasatan Kes Komersil

Published: 06 Nov 2019 9.38 AM Updated: 15 Aug 2026 7.13 PM
Selaras dengan perkembangan dan kepesatan teknologi moden, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah tampil dengan inisiatif baharu dalam memperkasakan siasatan kes dengan menerbitkan Buku Manual Siasatan Jenayah Komersil dan Buku Arahan Penyiasatan Pengarah JSJK dalam majlis pelancaran yang diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, pagi ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jsjk-terbit-dua-buku-ke-arah-memperkasakan-siasatan-kes-komersil
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:26 MYT

Kuala Lumpur, 6 November 2019 – Selaras dengan perkembangan dan kepesatan teknologi moden, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah tampil dengan inisiatif baharu dalam memperkasakan siasatan kes dengan menerbitkan Buku Manual Siasatan Jenayah Komersil dan Buku Arahan Penyiasatan Pengarah JSJK dalam majlis pelancaran yang diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, pagi ini. 

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dalam ucapan perasmiannya menegaskan polis dinilai daripada kemampuan dan kesungguhan dalam mencegah jenayah melalui siasatan, tangkapan dan pendakwaan yang merupakan ‘core bussines’ dalam PDRM. 

“Penggunaan undang-undang di dalam penyiasatan dan pendakwaan perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut 'standard operating system' (SOP) yang terpakai,” jelasnya lagi. 

Buku Arahan Penyiasatan Pengarah JSJK mengandungi semua arahan Pengarah JSJK bermula dari tahun 2006 sehingga terkini dan merupakan inisiatif yang dijalankan oleh Bahagian Urus Setia/Perundangan selaras dengan keperluan perkembangan semasa, khususnya dalam aspek siasatan. 

Manakala Buku Manual Siasatan Jenayah Komersil merupakan edisi ketiga yang ditambah baik daripada versi terdahulu dan menampilkan penggunaan bahasa yang ringkas dengan menggunakan contoh-contoh dokumen lengkap yang boleh digunakan sebagai ‘tool kit’ kepada pegawai penyiasat untuk menjalankan tugas dengan efisien serta mengikut lunas undang-undang yang betul. 

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, Pengarah JSJK merangkap Penasihat, Jawatankuasa Majlis Pelancaran pada hari ini, CP Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad, barisan Pengarah dan pegawai-pegawai kanan PDRM serta wakil-wakil media.

42
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bersama Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor dan Pengarah JSJK, CP Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad menunjukkan Buku Manual Siasatan Jenayah Komersil kepada pihak media.

38
Gimik Pelancaran Buku Manual Siasatan Jenayah Komersil di Maktab PDRM Kuala Lumpur, hari ini.

45
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menerima cenderamata daripada Pengarah JSJK Merangkap Penasihat, Jawatankuasa Majlis Pelancaran pada hari ini, CP Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad.

44
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menerima cenderamata daripada Pengarah JSJK Merangkap Penasihat, Jawatankuasa Majlis Pelancaran pada hari ini, CP Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad.

50
Bergambar kenangan.

ArticlePublished 06 Nov 2019 9.38 AMUpdated 15 Aug 2026 7.13 PM