Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Integriti Kekal Menjadi Keutamaan Kpn

Published: 17 Aug 2023 11.39 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menegaskan bahawa integriti adalah fundamental yang perlu diutamakan dan menjadi budaya seluruh warga Sang Saka Biru.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/integriti-kekal-menjadi-keutamaan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:40 MYT
 
 
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menegaskan bahawa integriti adalah fundamental yang perlu diutamakan dan menjadi budaya seluruh warga Sang Saka Biru.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam siri lawatan rasminya bertemu kepimpinan dan warga Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di Bilik Mesyuarat JIPS, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Tan Sri Razarudin turut menekankan mengenai elemen ilmu, penghayatan dan pembudayaan integriti yang perlu diberi penekanan serius secara langsung di semua sudut dalaman Pasukan.

“Integriti juga menjadi asas kepada kekuatan diri dan benteng untuk menolak rasuah serta sebarang bentuk salah guna kuasa yang boleh menjatuhkan maruah diri dan mencemarkan imej Pasukan keseluruhannya”, ujar beliau.

Pertemuan yang berlangsung selama hampir satu jam itu dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengarah JIPS, CP Dato’ Sri Azri Ahmad yang menekankan hala tuju dan perancangan masa hadapan bagi pembangunan dari segi tatakelola termasuk pemantapan sahsiah di samping pembangunan modal insan dalam memperkasa institusi kepolisan negara.

Terdahulu, ketibaan Tan Sri Razarudin disambut oleh Pengarah JIPS bersama barisan kepimpinan yang lain sebelum dibawa melawat dan beramah mesra dengan warga kerja JIPS.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JIPS (Integriti) Bukit Aman, DCP Dato’ Fadzil Ahmad, Timbalan Pengarah JIPS (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Ghazali Hj. Daud, Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard) Bukit Aman, DCP Ibrahim Saad dan barisan Ketua Penolong Pengarah JIPS.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin
 

May be an image of 7 people

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 6 people, newsroom and text

ArticlePublished 17 Aug 2023 11.39 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM