Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ex Pasak 3 2017 Esscom Anjur Latihamal Perkukuh Benteng Esszone

Diterbitkan: 15 Dec 2017 1.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sandakan, 15 Disember 2017- Pasukan Petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menganjurkan siri Latihamal Ex-Pasak 3 sebagai komitmen memperkasakan benteng pertahanan negara khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bertempat di Lapangan Terbang Sandakan, bermula 12 Disember lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ex-pasak-3-2017-esscom-anjur-latihamal-perkukuh-benteng-esszone
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:07 MYT
EX-PASAK 3 2017: ESSCOM ANJUR LATIHAMAL, PERKUKUH BENTENG ESSZONE

Sandakan, 15 Disember 2017- Pasukan Petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menganjurkan siri Latihamal Ex-Pasak 3 sebagai komitmen memperkasakan benteng pertahanan negara khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bertempat di Lapangan Terbang Sandakan, bermula 12 Disember lalu.

Dalam usaha menangani krisis keganasan dan bencana di dalam satu latihan bersama, konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) digunapakai bagi mengintegrasikan kerjasama dan kebolehupayaan setiap agensi keselamatan.

Komander ESSCOM, DCP Dato’ Hazani Ghazali dalam ucapan penutupnya sebentar tadi menjelaskan pasukannya komited dalam memastikan ESSZONE sentiasa dalam keadaan selamat dan bebas dari sebarang ancaman yang boleh menggugat kestabilan serta keamanan negara.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Komander ESSCOM, Brigadier Jeneral Dato' Badrulhisyam Mohamad, Panglima 13 Briged ESSCOM, Brigadier Jeneral Hamdan Ismail, Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, SAC Dato' Zainuddian Haji Shamsu Hadi, Ketua Pengarah Keselamatan Penerbangan Malaysia Airport Berhad, SAC Rosli Mohd Isa, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Amin, wakil-wakil agensi yang terlibat dan rakan-rakan media tempatan.

Gambar sekitar Latihamal Ex-Pasak 3 ESSCOM di Lapangan Terbang Sandakan
cover_MG_4690_MG_47130S7A70360S7A70930S7A71020S7A6887IMG_4903IMG_5057
ArtikelDiterbitkan 15 Dec 2017 1.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM