Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Ditahan Samun Warga Emas 87 Tahun

Diterbitkan: 06 Aug 2015 1.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, kedua-dua suspek memasuki rumah mangsa ketika suami mangsa pergi ke kebun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-ditahan-samun-warga-emas-87-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:11 MYT

Besut, 31 Julai - Dua lelaki berumur 19 dan 24 tahun ditahan setelah menyamun seorang warga emas wanita berumur 87 tahun di Kampung Bukit Kenak, Jerteh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, kedua-dua suspek memasuki rumah mangsa ketika suami mangsa pergi ke kebun.

"Suspek yang bertopeng kemudiannya memaksa mangsa menyerahkan wang dan barang kemas, tetapi apabila gagal mendapatkannya, mereka turut melarikan kereta cucu mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Khaled, pihak polis yang menerima laporan telah melakukan sekatan jalan raya dan dan menahan kedua-dua suspek bersama kereta yang dicuri itu.

Turut ditemukan daripada mereka ialah sebilah pedang, parang dan buku Bank Simpanan Nasional (BSN) milik mangsa, katanya.

Kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah samun.

Dalam kejadian berasingan, seorang warga emas Hasmah Daud, 72, meninggal dunia apabila keretanya dirempuh sebuah trak tentera di Jalan Pasir Putih-Jerteh dekat Kampung Padang Luas di sini pagi tadi.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 06 Aug 2015 1.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM