Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dato Hjh Noorsiah Pegawai Kanan Wanita Pertama Jadi Setiausaha Polis Malaysia

Diterbitkan: 18 Apr 2022 9.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 18 April 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melakar satu lagi lembaran sejarah baharu apabila DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) yang baharu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-hjh-noorsiah-pegawai-kanan-wanita-pertama-jadi-setiausaha-polis-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:40 MYT
Kuala Lumpur, 18 April 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melakar satu lagi lembaran sejarah baharu apabila DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) yang baharu.

Beliau juga merupakan Pegawai Kanan Polis wanita pertama Pasukan dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan DCP Dato' Ruslan Khalid yang bakal bertukar sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan.

Dato' Hjh. Noorsiah, 58 yang berasal dari Telok Intan, Perak sebelum ini merupakan Ketua Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) menyerahkan tugas kepada penggantinya, bekas Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, SAC Dzulkhairi Mukhtar.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan SUPM tadi disaksikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani di Bilik Mesyuarat KPN dekat Bukit Aman, di sini.

Turut berlangsung dalam majlis tadi ialah pemakaian pangkat oleh Tan Sri Acryl Sani kepada tujuh pegawai kanan yang bertukar dan dinaikkan pangkat. Antaranya ialah CP Dato' Mohamad Mat Yusop yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Polis Negeri Sembilan dinaikkan pangkat sebagai Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), bekas Ketua Penolong Pengarah (Operasi/Bantuan Teknik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, SAC Md Nazri Zawawi dinaikkan pangkat menjadi Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Siasatan Bersepadu dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan.

Hadir sama ialah Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain, Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato' Zaini Jass dan Ketua-ketua bahagian Urus Setia KPN.

Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan.

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 12 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing, indoor and text

May be an image of 8 people and indoor

May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing, indoor and text

May be an image of 3 people, people standing, indoor and text

May be an image of 3 people

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing, indoor and text

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text

May be an image of 6 people, people standing and text

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing, indoor and text

May be an image of 7 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing, indoor and text

May be an image of 6 people, people standing, indoor and text

May be an image of 8 people and indoor

ArtikelDiterbitkan 18 Apr 2022 9.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM