Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Artikel Pilihan Lelaki Ditahan Halang Tugas Polis

Published: 18 Apr 2020 12.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ampang, 18 April 2020 - Seorang lelaki yang cuba menyerang anggota polis dan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Taman Cahaya, Ampang, mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-lelaki-ditahan-halang-tugas-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:37 MYT

Ampang, 18 April 2020 - Seorang lelaki yang cuba menyerang anggota polis dan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Taman Cahaya, Ampang, mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Selangor CP Dato' Noor Azam Jamaludin mengesahkan kejadian video yang tular mengenai seorang lelaki kelihatan bergelut dengan anggota polis ketika dia cuba ditahan kerana melanggar PKP.

“Saya mengesahkan pihak polis ada membuat tangkapan ke atas seorang lelaki kerana menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas mereka jam 10 pagi ini".

“Semasa menahan suspek telah memaki polis yang menahan dan memukul anggota yang hendak melaksanakan tangkapan ke atasnya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tangkapan dibuat kerana menyerang polis semasa menjalankan tugas dan dengan sengaja tidak mematuhi PKP.

Terdahulu tular di media sosial seorang lelaki enggan memberikan Mykad miliknya selepas diminta pihak polis yang sedang bertugas.

Malah lelaki itu turut bertindak ganas dan cuba menyerang dua anggota polis terbabit sebelum dia akhirnya ditahan.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Covid 19 Artikel Pilihan Lelaki Ditahan Halang Tugas Polis
ArticlePublished 18 Apr 2020 12.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM