Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Budak 5 Tahun Ditemui Selamat Selepas 9 Jam Diculik

Published: 10 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang diculik tiga lelaki di berhampiran TABIKAnya di Sungai Chua di sini, semalam, disatukan semula dengan keluarga kira-kira sembilan jam kemudian selepas budak itu ditemui oleh seorang pemandu teksi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/budak-5-tahun-ditemui-selamat-selepas-9-jam-diculik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:01 MYT

Kajang - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang diculik tiga lelaki di berhampiran TABIKAnya di Sungai Chua di sini, semalam, disatukan semula dengan keluarga kira-kira sembilan jam kemudian selepas budak itu ditemui oleh seorang pemandu teksi. 

Budak itu yang ditemui merayau-rayau oleh pemandu teksi dikenali sebagai Nizam di satu lokasi yang tidak didedahkan, diserahkan kepada keluarganya pada jam 5.47 petang. Budak itu hanya ada kesan calar di pipi kanan.

Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, mengesahkan budak itu ditemui dalam keadaan selamat sekitar jam 5.47 petang. 

"Mangsa berada dalam keadaan sihat dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis mendapatkan keterangan daripadanya. 

"Siasatan bagi mengesan individu yang terbabit dalam kejadian ini diteruskan dan kita akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pemandu teksi yang menemui mangsa" katanya ketika dihubungi, semalam. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961. 

Sumber: Berita Harian
Budak 5 Tahun Ditemui Selamat Selepas 9 Jam Diculik

ArticlePublished 10 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM