Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Ghc Kripto Tumpas Rm51 2 Juta Disita

Diterbitkan: 24 May 2024 8.02 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.12 PM
Kuala Lumpur, 24 Mei 2024 - Sindiket penipuan pelaburan forex GHC dan mata wang kripto tumpas dengan penahanan lapan lelaki dan dua wanita warga tempatan dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Kelang dari 13 hingga 21 Mei lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-sindiket-penipuan-pelaburan-forex-ghc-kripto-tumpas-rm51-2-juta-disita
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:29 MYT
Kuala Lumpur, 24 Mei 2024 - Sindiket penipuan pelaburan forex GHC dan mata wang kripto tumpas dengan penahanan lapan lelaki dan dua wanita warga tempatan dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Kelang dari 13 hingga 21 Mei lepas.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata kesemua suspek berusia lingkungan 28 hingga 51 tahun ditahan reman tiga hingga tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Beliau berkata dalam siri serbuan terbabit, polis turut menyita antaranya 129 keping geran kenderaan dengan nombor pendaftaran eksklusif bernilai RM18 juta, 75 jam tangan berjenama bernilai RM10 juta, 18 kenderaan mewah pelbagai jenama bernilai RM8 juta, 203 motosikal berharga RM406,000, wang tunai RM503,000, 10 beg tangan bernilai RM90,000 dengan jumlah keseluruhan pembekuan dan penyitaan berjumlah RM51.2 juta.

"Berdasarkan soal siasat, sindiket penipuan pelaburan forex GHC dan mata wang kripto ini mula beroperasi sekitar tahun 2017 yang berpengkalan di sebilah negara asing.
"Sindiket ini telah memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram dari negara asing berkenaan ke Malaysia menggunakan pengurup wang tidak berdaftar serta transaksi-transaksi matawang kripto untuk mencuci wang tersebut," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2300983

Sumber: BERNAMA

 
ArtikelDiterbitkan 24 May 2024 8.02 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.12 PM