Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pru 15 Pdrm Gerak Pasukan Op Cantas Khas Pantau Perjalanan Pilihan Raya

Published: 06 Nov 2022 1.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 6 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatur gerak pasukan Op Cantas Khas untuk menjalankan risikan, pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan sepanjang proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pru-15-pdrm-gerak-pasukan-op-cantas-khas-pantau-perjalanan-pilihan-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:03 MYT
Kuala Lumpur, 6 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatur gerak pasukan Op Cantas Khas untuk menjalankan risikan, pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan sepanjang proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, pasukan itu turut bertindak mengawal tingkah laku dan gerak kerja pihak terlibat dengan gangsterisme yang cuba mengambil kesempatan sepanjang tempoh PRU-15 diadakan.

Selain itu, pihaknya menempatkan pegawai PDRM dalam Pasukan Pemantau Kesalahan Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memastikan setiap pihak melakukan kempen mengikut garis panduan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“PDRM bersama SPR serta agensi lain yang berkaitan juga akan melakukan pemantauan setiap masa dalam memastikan proses berkempen dan pengundian dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Pru 15 Pdrm Gerak Pasukan Op Cantas Khas Pantau Perjalanan Pilihan Raya
ArticlePublished 06 Nov 2022 1.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM