Article
Artikel Pilihan Pru 15 Pdrm Buka 15 Kertas Siasatan Semalam
Kuala Lumpur, 13 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 15 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), semal...
Kuala Lumpur, 13 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 15 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), semalam.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM merangkap Pengarah Operasi PRU-15 PDRM, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, ia membabitkan lima kertas siasatan di Kedah, Pahang (tiga), Pulau Pinang (dua), Sarawak (dua) dan masing-masing satu di Perak, Selangor serta Johor.
"Kertas-kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 324, 379, 427 Kanun Keseksaan dan beberapa kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954.
"Selain itu, kami turut menahan tiga individu membabitkan dua individu berkaitan kes siasatan yang dibuka pada Jumaat lalu di Negeri Sembilan, manakala seorang lagi individu ditahan di Pulau Pinang, semalam," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pru15-pdrm-buka-15-kertas...
Sumber: Berita Harian Online
