
Artikel
Artikel Pilihan Insiden Balai Polis Ulu Tiram Lima Sekeluarga Ditahan Semua Di Bawah Sosma
Kuala Lumpur, 24 Mei 2024 - Lima sekeluarga yang tamat tempoh tahanan reman hari ini berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru minggu le...
Kuala Lumpur, 24 Mei 2024 - Lima sekeluarga yang tamat tempoh tahanan reman hari ini berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru minggu lepas, ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Apabila polis panggil saksi dan jiran keluarga itu, kita dapati keluarga ini isolated dan tidak bercampur, selain anak-anak juga tidak tamat persekolahan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata sebelum ini polis membebaskan dua pelajar Institut Pengajian Tinggi tanpa syarat setelah mendapati mereka tidak mempunyai sebarang jaringan dan kaitan dengan mana-mana kumpulan berfahaman radikal.