Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Anggota Polis Wanita Cedera Dilanggar Pemandu Kereta

Diterbitkan: 30 Apr 2023 8.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Dalam kemalangan kira-kira 11.30 pagi itu, Sarjan Marina Ahmad, 36, yang juga penolong pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-anggota-polis-wanita-cedera-dilanggar-pemandu-kereta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:22 MYT
Kemaman, 30 April 2023 - Seorang anggota polis wanita patah tangan kiri selepas dilanggar pemandu lelaki yang sedang mengejar kereta dipandu ibu mentuanya di Jalan Dato dekat Chukai, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 11.30 pagi itu, Sarjan Marina Ahmad, 36, yang juga penolong pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, suspek berusia 50 tahun dikatakan bertengkar dengan mentuanya berusia 69 tahun dan memukul kereta wanita itu.

Katanya, ibu mentua suspek kemudiannya melarikan diri dengan memandu kereta Perodua Viva, dan dikejar suspek.

"Namun, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Proton Saga dipandu suspek dikatakan bertembung dengan motosikal ditunggang anggota polis terbabit yang dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Akibat kemalangan, anggota terbabit patah tangan kiri dan dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Tuan Hanyan berkata, susulan kemalangan itu, suspek melarikan diri dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu dan berbahaya dan Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta membantu polis dengan menghubungi balai polis berhampiran," katanya.


Lelaki langgar anggota polis wanita ketika kejar ibu mentua | Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 30 Apr 2023 8.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM