Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Aisse 25 Timbalan Kpn Teruskan Melawat Reruai Pameran Pada Hari Kedua

Published: 21 Jan 2025 6.32 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 21 Januari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meneruskan sesi melawat reruai pameran sempena hari kedua Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) di Perdana Hall dekat Pusat Konvensyen Antarabangsa, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/aisse-25-timbalan-kpn-teruskan-melawat-reruai-pameran-pada-hari-kedua
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:15 MYT

Putrajaya, 21 Januari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meneruskan sesi melawat reruai pameran sempena hari kedua Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) di Perdana Hall dekat Pusat Konvensyen Antarabangsa, di sini.

Dato’ Sri Ayob Khan meluangkan masa kira-kira sejam melihat pelbagai produk dan sistem terkini yang dipamerkan oleh syarikat pempamer tempatan dan antarabangsa.
Antara reruai pameran yang sempat dilawati tadi ialah daripada Syarikat Smart Energy Industries, Eskan, VIRTA dan IDTS Barzan Holdings.

Beliau turut meluangkan masa menyantuni petugas pameran di reruai Kementerian Dalam Negeri serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Manakala disebelah petangnya tadi, Dato’ Sri Ayob Khan meneruskan lawatannya ke reruai Smart Weapon Storage, System Consultancy Services Sdn. Bhd., DJI Enterprise, Intel, Polaris Wireless dan pengeluar kenderaan terkemuka dari negara China iaitu Cherry.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 7 people

May be an image of 7 people and text

May be an image of ‎5 people, dais and ‎text that says '‎ASIA INTERNATIONAL AI2aL SECURITY SUMMIT & EXPO SESSION 17 STRENGTHENING NATIONAL N NAVI

May be an image of 2 people, ambulance and text

May be an image of 7 people and text


ArticlePublished 21 Jan 2025 6.32 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM