29 Individu Ditahan Dalam Op Gelandangan
Seramai 29 orang termasuk lima warga asing ditahan dalam Op Gelandangan yang disertai lebih 50 anggota pelbagai agensi di sekitar bandar Melaka di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, operasi selama empat jam itu melibatkan kawasan pelancongan di Dataran Pahlawan, Melaka Sentral, Jonker Walk dan Pengkalan Rama.
Beliau memaklumkan bahawa daripada jumlah yang ditahan, sembilan daripadanya ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan kerana disyaki mengambil dadah, lima orang warga asing pula ditahan Jabatan Imigresen dan seorang wanita berusia 29 tahun dibawa oleh Jabatan Agama Islam Melaka untuk diberi bantuan lanjut.
Sumber: Kosmo