Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

20 Pati Indonesia Ditahan Di Pulau Kukup

Diterbitkan: 17 Apr 2016 2.40 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.28 PM
Johor Bahru, 17 April 2017 – Dua puluh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor di perairan Pulau Kukup di sini, awal pagi tadi ketika cuba pulang ke negara asal dengan menaiki bot pancung.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/20-pati-indonesia-ditahan-di-pulau-kukup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:44 MYT

Johor Bahru, 17 April 2017 – Dua puluh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor di perairan Pulau Kukup di sini, awal pagi tadi ketika cuba pulang ke negara asal dengan menaiki bot pancung.

Dalam kejadian 4.45 pagi itu, anggota PPM menahan seorang tekong bot, seorang pembantu serta 13 lelaki dan lima wanita berusia di antara 25 hingga 50 tahun, kata Komander PPM Wilayah Dua Johor ACP Paul Khiu Khon Chiang.

Beliau berkata ketika PPM Kukup menjalankan tugas Ops Gelora di lokasi berkenaan, mereka mendapati sebuah bot pancung  menuju ke Pulau Karimon, Indonesia.

"Hasil pemeriksaan mendapati 15 lelaki dan lima wanita menaiki bot melalui jalan yang tidak diwartakan. Semasa siasatan awal tekong bot memberitahu dia membawa kesemua PATI dari Sungai Penerok menuju ke Pulau Karimon, Indonesia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

PPM Wilayah Dua Johor juga merampas sebuah bot pancung, enjin, pasport warganegara Indonesia yang sudah tamat tempoh dan dua telefon bimbit.

Khiu berkata mereka disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana cuba keluar dari Malaysia melalui pengkalan yang tidak diwartakan dan Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia melebihi masa serta memiliki dokumen perjalanan tamat tempoh serta Seksyen 26(a) Akta Antipemerdagangan dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya. - BERNAMA  


ArtikelDiterbitkan 17 Apr 2016 2.40 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.28 PM